Selain daripada Malaysian PayPerClick membekalkan dan berkongsi maklumat berkaitan peluang perniagaan internet melalui produk khidmat iklan, Malaysian PayPerClick juga memberi peluang kepada pelawat berdaftar untuk menjana pendapatan. Keahlian dalam Malaysian PayPerClick adalah 100% percuma. Bagaimanapun ahli percuma boleh menaiktaraf kepada ahli berbayar bagi mendapatkan beberapa keistimewaan capaian sistem yang mungkin boleh mempengaruhi hasil pendapatan ahli. Keahlian berbayar ini terbahagi kepada 2 iaitu ahli seumur hdiup dan ahli bulanan. Pihak pengurusan atau administrator Malaysian PayPerClick tidak mempunyai kuasa untuk menentukan jumlah capaian iklan ke atas ahli tetapi yang menentukan adalah para pengiklan. Ini bermaksud sekiranya pengiklan ingin mensasarkan iklannya ke atas ahli berbayar (Privilege dan Premium) maka ahli percuma tidak boleh mencapai iklan tersebut. Jumlah hasil klik juga adalah ditentukan oleh pengiklan bergantung pada pakej pengiklanan yang dipilih oleh pengiklan. Antara cara bagaimana menjana pendapatan daripada Malaysian PayPerClick adalah seperti berikut:
1. Pendapatan melalui Pay To Click(PTC)
Pay To Click adalah pendapatan yang dihasilkan melalui lawatan ke atas website pengiklan dalam tempoh masa tertentu berdasarkan kepada kelas iklan. Antara kelas iklan tersebut adalah seperti berikut:
PTC Kelas iklan A —— 10 Sen /Per Klik ——130 Saat (Masa View)
PTC Kelas iklan B ——- 5 Sen /Per Klik ——85 Saat (Masa View)
PTC Kelas iklan C ——- 3 Sen /Per Klik ——45 Saat (Masa View)
PTC Kelas iklan D ——- 1 Sen /Per Klik ——15 Saat (Masa View)
Contoh pendapatan klik PTC di Malaysian PayPerClick adalah seperti pada imej dibawah;

Sebagai contoh sekiranya pengiklan memilih pakej iklan kelas D maka anda akan memperolehi pendapatan sebanyak 1 sen setiap klik dan masa view selama 15 saat. Untuk maklumat lanjut berkaitan pendapatan PTC sila rujuk tutorial pendapatan PTC.
2. Apa itu Pay To Promote(PTP)?
Pay To Promote adalah pendapatan hasil klik pelawat di link affiliate atau banner anda yang telah disediakan pada akaun anda. Anda tetap akan mendapat hasil Pay To Promote walaupun pelawat tersebut tidak mendaftar dibawah anda. Bagaimanapun, pendapatan Pay To Promote hanya kepada unik Pelawat/IP Address sahaja. Contoh PTP adalah seperti imej dibawah;
Untuk maklumat lanjut bagaimana menjana pendatan melalui PTP sila rujuk Tutorial pendapatan PTP..
3. Apa itu Pay To Read Ads (PTR)?
Pay To Read Ads adalah pendapatan yang dihasilkan melalui lawatan dan bacaan ke atas halaman artikel iklan dan website pengiklan pada masa dan pendapatan tertentu mengikut kelas iklan. Antara pendapatan dan masa view kelas iklan tersebut adalah seperti berikut;
PTR Kelas iklan A —— 10 Sen /Per Klik ——130 Saat (Masa View)
PTR Kelas iklan B —— 6 Sen /Per Klik —— 95 Saat (Masa View)
PTR Kelas iklan C —— 3 Sen /Per Klik ——45 Saat (Masa View)
PTR Kelas iklan D —— 1.5 Sen /Per Klik ——20 Saat (Masa View)
Contoh pendapatan PTR adalah seperti imej dibawah;
Selepas anda klik “Proceed To Site” anda akan dibawah ke halaman website pengiklan dan sekali gus menjana pendapatan. Untuk maklumat lanjut bagaimana menjana pendapatan melalui PTR sila rujuk Tutorial PTR..
4. Apa itu Pay To Sign up?
Pay To Sign up adalah pendapatan yang dihasilkan ketika anda mendaftar di link/borang yang telah disediakan pengiklan. Pendapatan ini hanya akan masuk ke akaun anda apabila pengiklan telah mengesahkan pendaftaran anda. Sekiranya pengiklan tidak mengesahkan PTSU anda selepas 3 hari, maka pendapatan tersebut akan masuk secara automatik ke akaun anda. Contoh imej PTSU adalah seperti dibawah;
Untuk maklumat lanjut bagaimana menjana pendapatan melalui PTSU sila rujuk pada Tutorial PTSU.
5. Pendapatan Klik Daripada Referral
Selain itu, anda juga boleh menjana pendapatan melalui klik daripada orang lain yang anda perkenalkan melalui link promosi anda atau lebih tepat pendapatan klik daripada referral anda. Contoh imej pendapatan referral adalah seperti dibawah;
Pendapatan klik daripada referral adalah 50% hingga 150% mengikut status keahlian. Pendapatan klik referral Ahli percuma (Standard) adalah sebanyak 50%, Ahli Privilege (Ahli Seumur Hidup) 100% dan Ahli Premium (Bulanan) adalah sebanyak 150%.

