Salam Sejahtera…..

Kepada Semua Ahli,

Selaras dengan terma dan peraturan yang ditetapkan dan dipersetujui semasa pendaftaran ahli, Ahli yang tidak aktif dalam tempoh 30 hari akaunnya akan digantung secara automatik oleh sistem. Sistem juga telah menetapkan baki akaun yang telah digantung akan serta merta menjadi kosong serta hak, faedah dan status keahlian akan hilang atas sebab penggantungan tersebut. Bagi menguatkuasakan terma dan peraturan ini, Pada 09 Februari 2011 sistem akan menggantung keahlian yang tidak aktif dalam tempoh 30 hari.

Selain itu, kepada ahli lain sila lihat terma dan peraturan yang ditetapkan yang terdapat dalam blog ataupun website Malaysian Pay Per Click bagi mengelakkan akaun ahli digantung kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.