Keahlian Malaysian PayPerClick hanya untuk orang yang berada di Malaysia sahaja. Sekiranya kami mendapati terdapat IP Address ahli selain dari Malaysia, maka kami akan membatalkan akaun ahli tersebut dan pendapatan yang dihasilkan akan dikira sebagai hapus. Orang Malaysia yang berada diluar daripada Malaysia tidak dibenarkan menjadi ahli.
Ahli hanya dibenarkan membuka satu akaun sahaja. Sekiranya kami mendapati ada ahli yang mempunyai akaun lebih dari satu maka akaun ahli tersebut akan dibatalkan. Selain itu, pihak Malaysian PayPerClick berhak untuk melarang dan menyekat ahli tersebut untuk mendaftar semula.
Mana-mana ahli yang menggunakan maklumat palsu atau cuba mewujudkan referral sendiri dengan menggunakan maklumat palsu atau apa sahaja tindakan pemalsuan, akaun ahli tersebut akan digantung atau dibatalkan serta merta.
Bayaran pendapatan ahli akan dibayar melalui Akaun MAYBANK atau Akaun CIMB sahaja apabila pendapatan ahli telah mencapai tahap minimum iaitu sebanyak RM10.00
Sistem kami adalah bersifat Anti-Penipu dan amat sukar kepada sesiapa sahaja yang cuba melakukan penipuan. Bagaimanapun, Jika kami mendapati masih ada ahli cuba berusaha untuk menipu dengan menggunakan pelbagai cara termasuk menggunakan kepakaran pihak ke-3 atau apa cara sekali pun, Kami akan menggantung atau membatalkan akaun ahli tersebut dan kami berhak tidak membayar kesemua pendapatan dalam akaun ahli berkenaan. Kami juga berhak menghalang dan melarang ahli tersebut daripada cubaan mendaftar semula dalam sistem kami. Tafsiran penipuan juga termasuk perkara berikut:-
Kami benci dan amat tidak percaya dengan tindakan SPAM. Sekiranya kami mendapati ahli melakukan tindakan SPAM atau menerima laporan mengenai tindakan SPAM ahli, kami akan mengambil tindakan balas di atas pelakuan ahli tersebut. Kami bertanggungjawab dan amat prihatin terhadap maklumat peribadi anda daripada diketahui oleh pihak ke-3.
Sistem kami akan menggantung akaun ahli sekiranya akaun ahli tidak aktif dalam tempoh 30 hari. Ahli akan kehilangan baki pendapatan dalam akaun sekiranya akaun ahli tidak aktif.
Terma dan syarat ini boleh berubah mengikut keperluan semasa dan pertimbangan Malaysian PayPerClik. Sekiranya berlaku perubahan seperti perubahan kepada keperluan baru atau perubahan pada istilah yang berubah-berubah, Pihak Malaysian PayPerClick akan memaklumkan kepada semua ahli. Jika atas alasan apapun, Anda tidak menerima sebarang perubahan tersebut anda boleh menghubungi kami dan membatalkan akaun anda.

