Di Malaysian PayPerClick anda boleh boleh buat bayaran sama ada melalui Maybank, CIMB, PayPal atau Kad Kredit untuk membeli iklan, Upgrade Member, Special atau referral. Berikut adalah langkah-langkah membuat belian di Malaysian PayPerClick..

Sila login ke akaun anda dan klik “Menu Store”

Selepas itu anda akan dibawa ke halaman belian seperti pada imej dibawah. Di halaman ini anda boleh memilih sama ada anda ingin membeli Iklan, Upgrade Member, Special atau pun Referral. Sila klik pada butang “Buy Now” untuk meneruskan belian.

Sebagai contoh anda ingin membuat belian “Link Ad Hits”. Sila klik butang “Buy Now” disebelah kanan Link Ad Hits. Selepas itu anda akan dibawah ke halaman seperti di bawah..

Di halaman ini anda boleh menetapkan iklan baru dan melihat iklan anda sebelum ini. Tetapi adalah “amat dicadangkan” anda membeli kredit terlebih dahulu dan menetapkan iklan kemudian di akaun anda bagi memudahkan anda merancang pengiklanan anda. Sila klik ” Click Here To Order Credit Account Only” untuk meneruskan belian anda.

kemudian anda akan dibawa ke halaman seperti dibawah. Di halaman inilah anda akan menentukan sama ada anda ingin membelian melalui Paypal, Kad Kredit, Baki Akaun, Maybank atau CIMB. Untuk beli guna kad kredit atau paypal sila pilih paypal dan untuk beli guna baki akaun anda sila pilih Account Funds. Selepas anda membuat pilihan sila klik Next Step. Jika anda ingin membuat belian melalui maybank atau CIMB sila klik banner seperti yang ditunjukkan pada imej dibawah.

“BELIAN MELALUI PAYPAL ATAU KAD KREDIT”

Mari kita tengok bagaimana cara untuk membuat belian melalui paypal atau kad kredit. Selepas anda memilih bayaran paypal seperti pada imej di atas anda akan dibawah ke halaman berikutnya serperti pada imej dibawah. Untuk meneruskan belian sila klik “Pay Now With Paypal”

Kemudian anda akan dibawa ke halaman website paypal. Sila login ke akaun paypal anda untuk meneruskan belian. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun paypal dan ingin membuat bayaran melalui kad kredit sila klik “Continue” seperti yang ditunjukkan pada imej dibawah.

Imej dibawah adalah contoh borang yang perlu anda lengkapkan untuk membuat belian kad kredit..

Selepas anda login ke akaun paypal atau anda telah mengisi dan mengesahkan maklumat kad kredit anda, maka anda akan dibawa ke halaman pengesahan bayaran anda. Sila semak maklumat belian anda sebelum mengesahkan bayaran anda…

Selepas anda menyemak dan pengesahkan maklumat belian anda, sila scroll down dan klik “Pay Now” untuk mengesahkan bayaran anda. Transaksi yang akan ditunjukkan pada caj bil anda adalah “MARKETINGGL”

Selepas anda mengesahkan bayaran anda, sistem akan menghantar maklumat belian anda ke sistem Malaysian PayPerClick seperti pada imej dibawah. Pihak pengurusan akan membuat rujuk silang dengan maklumat bayaran yang dihantar oleh paypal ke alamat email jualan kami.

Untuk tujuan rujukan pihak paypal akan menghantar maklumat bayaran anda ke alamat email yang anda daftar dalam akaun paypal sebelum ini. Contoh email tersebut adalah seperti pada imej dibawah.