Jana Pendapatan

Pendapatan Paid To Click (PTC)

Pay To Click adalah pendapatan yang dihasilkan melalui lawatan ke atas website pengiklan dalam tempoh masa tertentu berdasarkan kepada kelas iklan A hingga kelas iklan D. Antara kelas iklan tersebut adalah seperti berikut:

PTC Kelas iklan A —— 10 Sen /Per Klik ——130 Saat (Masa View)

PTC Kelas iklan B ——- 5 Sen /Per Klik ——85 Saat (Masa View)

PTC Kelas iklan C ——- 3 Sen /Per Klik ——45 Saat (Masa View)

PTC Kelas iklan D ——-0.2 – 1 Sen /Per Klik ——8 – 25 Saat (Masa View)

(Nota** : Kadar dan masa view iklan di atas tidak tetap dan boleh berubah)

Pendapatan ahli adalah bergantung kepada pakej iklan yang dipilih oleh pengiklan. Sekiranya pengiklan memilih pakej A, pendapatan ahli adalah sebanyak 10 sen dengan masa view iklan selama 180 saat. Sebaliknya, jika pengiklan memilih pakej D, ahli hanya memperolehi sebanyak 0.2 sen hingga 1 sen pendapatan iklan dengan masa view iklan selama 8 saat hingga 25 saat.

Sekiranya anda ingin melihat jumlah iklan terkini bagi pendapatan Paid To Click sila klik menu “SURF ADSsebelum login seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah:

Kemudian, anda akan dibawa ke halaman iklan Paid To Click yang memaparkan iklan PTC pengiklan seperti imej di bawah. Sebagai contoh, jika anda lihat pada imej di bawah, jumlah iklan PTC adalah sebanyak 72 link iklan dan di sebelah kiri adalah jumlah klik ahli terkini sebanyak 16 klik. Tentu anda tertanya-tanya kenapa klik ahli hanya sebanyak 16 klik sahaja sedangkan jumlah iklan adalah sebanyak 72 iklan. Keadaan ini berlaku kerana sesetengah pengiklan mensasarkan iklan mereka hanya kepada Premium Member dan ini menyebabkan Free Member tidak dapat melihat iklan tersebut. Ini bermaksud jika ahli ingin melihat dan meng-klik iklan tersebut, ahli itu perlu menaiktaraf keahliannya kepada Premium Member.

Selain itu, pendapatan Paid To Click juga boleh menjadi dalam bentuk point seperti yang ditunjukkan pada imej di atas. Point ini anda boleh convert kepada cash (tunai) melalui menu converter di halaman akaun anda. Untuk menjana pendapatan Paid To Click, sila ikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Sila login ke akaun anda dan kemudian klik menu “EARN AREA” atau “SURF ADS” seperti imej di bawah:

Langkah 2 : Sekiranya anda klik menu “EARN AREA”, anda akan dibawa ke halaman Summary Earn Area di mana anda akan melihat jumlah iklan yang anda boleh klik. Sila klik link biru seperti imej di bawah untuk ke halaman berikutnya.

Langkah 3 : Kemudian, anda akan dibawa ke halaman berikutnya seperti pada imej di bawah. Sekiranya anda klik menu “SURF ADS” pada langkah 1 sebelum ini, anda akan dibawa terus ke halaman ini. Pada halaman inilah anda akan menjana pendapatan melalui pendapatan PTC dan anda boleh melihat masa view iklan, jumlah pendapatan iklan per klik, jumlah klik ahli dan jumlah klik iklan. Selain itu, anda juga boleh melihat ringkasan maklumat iklan melalui banner dan subtitle iklan yang bakal anda klik jika pengiklan menetapkan sedemikian. Untuk menjana pendapatan, sila klik tajuk iklan yang terletak di atas banner iklan.

Langkah 4 : Selepas anda klik link atau tajuk iklan tersebut anda akan dibawa ke laman web pengiklan yang mana anda perlu menunggu dalam beberapa saat untuk view iklan. Sementara anda menunggu masa view tamat anda perlu membaca kandungan website pengiklanan dengan kemungkinan anda berminat dengan produk yang ditawarkan oleh pengiklan. Setelah masa view tamat, sistem akan memilih secara rawak salah satu daripada 4 nombor yang dipaparkan dan anda perlu klik angka tersebut. Sebagai contoh imej di bawah, setelah masa view iklan tamat sistem menghendaki anda klik angka 2 (Click 2) daripada 4 nombor yang dipaparkan oleh sistem. Tujuan sistem berbuat demikian adalah sebagai salah satu langkah keselamatan daripada auto click atau fraud click.

PENTING : Sekiranya anda tidak meng-klik angka yang diarahkan oleh sistem, anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan kerana sistem akan menganggap klik tersebut adalah sebagai fraud click. Anda perlu mengesahkan klik anda dengan mengikuti langkah yang ditetapkan oleh sistem atau jika tidak, anda tidak mendapat apa-apa daripada klik tersebut. Setelah anda mengesahkan klik anda, maka anda telah berjaya menjana pendapatan PTC. Sila lihat pada perubahan baki akaun anda. Sekiranya anda mendapati tiada perubahan pada baki akaun anda, ini bermakna anda tidak mengikuti langkah yang ditetapkan atau anda tersalah klik pada angka yang sepatutnya. Untuk mengelakkan kekeliruan, sila copy paste baki akaun anda sebelum melakukan klik dan buat perbandingan baki selepas dan sebelum.