Pendapatan Paid To Read Ad Email (PTRE)

Pendapatan Paid To Read Email adalah pendapatan yang anda perolehi melalui artikel email yang dihantar ke alamat email anda oleh pengiklan melalui sistem Malaysian PayPerClick™. Untuk menjana pendapatan melalui PTRE, anda perlu memastikan “Paid Emails Are Turned On” bagi membenarkan email dihantar ke alamat email anda oleh pengiklan yang sebelum ini telah dijelaskan pada Bahagian 2. Untuk menjana pendapatan melalui PTRE, sila ikut langkah-langkah berikut;

Langkah 1 : Sistem akan menghantar satu email yang bertajuk Malaysian PayPerClick Paid Email ke inbox email anda seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah;

Langkah 2 : Selepas itu, buka email tersebut dan sila baca kandungan email yang dihantar oleh pengiklan dengan kemungkinan anda berminat dengan maklumat email tersebut. Kemudian, sila klik link pengiklan yang terdapat di bawah kandungan email tersebut untuk menjana pendapatan Paid To Read Email seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah:

Langkah 3 : Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman website pengiklan seperti imej di bawah yang memerlukan anda menunggu website dipaparkan dalam tempoh beberapa saat dan perlu mengesahkan klik anda seperti yang anda lakukan dalam menjana pendapatan Paid To Click (PTC). Anda perlu membuat pengesahan tersebut, jika tidak, anda tidak akan mendapat pendapatan PTRE ini.