Pendapatan Paid To Signup (PSTU)

Pay To Signup adalah pendapatan yang dihasilkan ketika anda mendaftar di link/borang yang telah disediakan pengiklan. Pendapatan ini hanya akan masuk ke akaun anda apabila pengiklan telah mengesahkan pendaftaran anda. Sekiranya pengiklan tidak mengesahkan PTSU anda selepas 3 hari, maka pendapatan tersebut akan masuk secara automatik ke akaun anda. Untuk menjana pendapatan PTSU, sila ikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Sila login ke akaun anda kemudian klik menu “ACCOUNT” seperti imej di bawah.

Langkah 2 : Kemudian klik menu Earning Area seperti pada imej dibawah;

Langkah 3 : Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman Earning Area. Sila klik link biru Paid To Signup seperti imej di bawah. Pada sebelah link ini, anda boleh melihat jumlah link iklan yang boleh di klik seperti imej di bawah:

Langkah 4 : Kemudian, anda akan dibawa ke halaman iklan-iklan PTSU seperti imej di bawah. Pada halaman ini, anda boleh melihat jumlah earning yang ditawarkan. Sila klik tajuk iklan PTSU ini untuk ke langkah seterusnya. Sebagai contoh dalam tutorial ini, PTSU di klik adalah PTSU Affiliate Aweber.

Langkah 5 : Sila klik Complete Offer seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah:

Sila lihat Rules dan How To Complete An Offer sebelum anda ke langkah seterusnya. Jika anda tidak menepati syarat dan langkah yang diberikan, anda tidak layak atau tidak akan berjaya menjana pendapatan melalui PTSU ini.

Langkah 6 : Selepas anda klik perkataan Complete Offer, anda akan dibawa ke halaman website pengiklan seperti di bawah. Sila isikan maklumat pendaftaran anda di borang signup pengiklan dan submit maklumat tersebut.

Selepas anda submit maklumat pendaftaran anda, sila periksa inbox email anda kerana anda akan menerima pengesahan maklumat pendaftaran atau maklumat signup anda seperti imej di bawah.

Langkah 7 : Selepas itu, sila select semua ayat pengesahan pendaftaran tersebut dan paste kan diruangan kosong tawaran PTSU seperti imej di bawah. Sila pastikan UserID atau username yang anda gunakan semasa membuat pendaftaran pada website pengiklan yang telah dihantar ke inbox email anda di isi dengan tepat. Ini adalah bagi memudahkan pengiklan membuat rujuk silang antara maklumat PTSU anda dan maklumat pendaftaran anda. Kemudian sila klik butang Verify Completion untuk menjana pendapatan PTSU.

Pastikan anda mengisi maklumat PTSU di atas dengan betul kerana jika tidak, anda akan dianggap sebagai penipu dan akaun anda akan digantung atau di suspend.

Selepas anda berjaya mengesahkan maklumat PTSU anda, anda akan dihantar ke halaman terima kasih seperti imej di bawah.

Anda perlu menunggu masa dalam tempoh 24 jam hingga 72 jam untuk menjana pendapatan PTSU bagi memberi peluang kepada pengiklan mengesahkan maklumat PTSU anda seperti imej di bawah. Jika pengiklan tidak mengesahkan maklumat PTSU anda dalam tempoh tersebut, pendapatan PTSU anda akan masuk secara automatik ke akaun anda kerana sistem hanya memberikan tempoh 72 jam kepada pengiklan untuk pengesahan. Jika pengiklan mendapati maklumat PTSU anda betul, pengiklan akan meng-klik butang Approve dan anda berjaya menjana pendapatan PTSU.

Sekiranya anda memberikan maklumat palsu pengiklan akan meng-klik butang deny dan anda gagal menjana pendapatan PTSU dan kemungkinan akaun anda akan di suspend kerana dianggap menipu oleh sistem. Bagaimanapun, sekiranya anda telah memberikan maklumat PTSU yang betul tetapi dibatalkan / deny oleh pengiklan sila laporkan kepada admin melalui support tickets dan admin akan membuat siasatan. Jika didapati dakwaan ahli betul akaun pengiklan tersebut akan digantung kerana membuat penipuan.