Pendapatan Refferal

Pendapatan Referral adalah pendapatan yang diperolehi melalui pendapatan klik daripada orang lain yang anda perkenalkan menerusi link promosi anda atau lebih tepat pendapatan klik daripada referral anda.

Pendapatan klik daripada referral adalah 50% hingga 100% mengikut status keahlian. Pendapatan klik referral Ahli percuma (Standard) adalah sebanyak 50%, dan Ahli upgrade adalah sebanyak 100%. Untuk menjana pendaptan ini, sila ikut langkah berikut:

Langkah 1 : Sila login ke akaun anda dan klik menu “ACCOUNT” seperti imej di bawah;

Langkah 2 : Kemudian, anda akan dibawa ke halaman akaun anda. Sila klik menu “Promote” seperti imej di bawah bagi melihat link dan kod banner Referral dengan tujuan mempromosi akaun anda.

Langkah 3 : Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman link dan kod banner referral anda. Di dalam halaman ini, anda telah dibekalkan sebanyak 1 link referral dan 3 jenis banner untuk mempromosi akaun anda. Anda menggunakan link dan banner referral anda di laman blog, website, facebook, friendster, Myspace, forum, portal dan sebagainya. Disetiap link dan banner referral tersebut tertera username anda.

  • Link Referral 1 : Link referral ini adalah berbentuk URL website di mana pada hujung url ini tertera username akaun anda seperti imej di atas. Berikan link URL ini pada teman atau orang lain untuk mendaftar di bawah anda.
  • Link Referral 2 : Link Referral ini adalah berbentuk Banner Leaderboard bersaiz 568×90 pixel. Copy kod banner ini dan paste di bahagian pada halaman yang anda kehendaki seperti blog, forum, website, portal dan sebagainya.

  • Link Referral 3 : Link Referral ini adalah berbentuk Banner Skyscraper bersaiz 120×400 pixel. Copy kod banner ini dan paste di bahagian pada halaman yang anda kehendaki seperti blog, forum, website, portal dan sebagainya.

  • Link Referral 4 : Link Referral ini adalah berbentuk Banner Rectangle bersaiz 250×250 pixel. Copy kod banner ini dan paste di bahagian pada halaman yang anda kehendaki seperti blog, forum, website, portal dan sebagainya.

Untuk melihat referral atau downline yang mendaftar di bawah akaun anda, sila login ke akaun anda dan klik menu “Your Downline” seperti imej di bawah:

Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman senarai downline anda seperti imej di bawah.