Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Malaysian PayPerClick telah beroperasi sejak tahun 2009 dimana pada 9 Mac 2013 akan datang ini, Malaysian PayPerClick genap 4 tahun beroperasi.

Menyedari kelemahan sistem Malaysian PayPerClick pada ketika itu, dari segi keselamatan sistem dan perkhidmatan iklan, Malaysian PayPerclick telah menaiktaraf sistem pada 15 Jun 2010.

Sepanjang tempoh tersebut pihak Malaysian PayPerClick telah beroperasi dan mampu bertahan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, baru-baru ini pihak Malaysian PayPerClick mengalami sedikit kesukaran pengurusan sehinggakan berlakunya kelewatan memproses bayaran (withdraw) ahli, Meluluskan belian pengiklan, mengaktifkan iklan dan menjawab soalan dalam tempoh yang ditetapkan. Sehubungan itu, pada tahun 2013 ini, pengurusan Malaysian PayPerClick telah dibubarkan daripada syarikat Marketing Globalnet (SA0157745-T) kepada syarikat MA Venture Marketing (SA0225534-V).

Oleh itu, di bawah pengurusan baru Malaysian PayPerClick telah menetapkan tempoh memproses pengesahan belian dan iklan adalah dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam. Manakala bagi tujuan menjawab soalan ahli melalui support tickets dan memproses wihtdraw ahli adalah dalam tempoh 1 hari hingga 7 hari tanpa memberi keistimewaan kepada mana-mana ahli sama ada Upgrade Member atau Free Member. Justeru itu, kami memohon maaf kepada semua ahli sekiranya kelemahan pengurusan Malaysian PayPerClick sebelum ini telah menyulitkan anda.