Pendaftaran Dalam Malaysian PayPerClick™

LANGKAH 1 : Sebelum mengiklan atau menerima apa sahaja manfaat dalam Malaysian PayPerClick™, pendaftaran adalah diperlukan. Untuk mendaftar sila klik menu “REGISTER seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah:

Sekiranya anda tidak melihat menu REGISTER seperti pada imej di atas, sila klik mana-mana menu sehinggalah menu “REGISTER” timbul pada ruangan menu atau anda juga boleh klik butang refresh sehingga menu register timbul.

LANGKAH 2 : Sila lengkapkan ruang kosong borang pendaftaran yang disediakan seperti imej di bawah:

Username : Merupakan ID akaun login anda.

Password : Merupakan kata laluan anda semasa login.

Verify Password : Sahkan dan taip semula kata laluan anda.

Personal Pin : Merupakan kata laluan anda untuk tujuan pengeluaran akaun anda. Pastikan anda tidak mendedahkan No. Pin anda kepada orang lain untuk tujuan keselamatan.

Verify Personal Pin : Taip semula No. Pin anda untuk tujuan pengesahan.

Referrer : Isikan nama orang yang memperkenalkan anda kepada Malaysian PayPerClick™. Sekiranya tiada, abaikan dan kosongkan sahaja ruangan ini.

Your Name : Isikan nama penuh anda dan pastikan nama yang anda berikan bukan nama timangan atau samaran kerana pihak Malaysian PayPerClick™ akan membuat rujuk silang antara nama ahli dalam akaun bank dan akaun sistem.

Your Email Address : Isikan alamat email anda. Pastikan email yang anda berikan adalah email utama anda kerana segala manfaat yang anda terima akan dihantar ke email anda.

I Accept The Term Of Service : Sila pilih “Yes! I Accept”. Pastikan anda membaca polisi dan peraturan pihak Malaysian PayPerClick™ sebelum anda meneruskan pendaftaran.

Klik “Create Account” untuk mengesahkan dan meneruskan pendaftaran anda sebagai ahli.

LANGKAH 3 : Sila periksa inbox email anda dan masukkan username dan kod pengaktifan yang telah dihantar melalui email yang anda gunakan semasa mendaftar untuk mengaktifkan akaun anda. Sekiranya anda tidak menerima email tersebut di inbox email, sila periksa Junk email atau Spam email anda kerana kemungkinan kod tersebut telah dihantar sebagai Spam email. Sekiranya selepas 2 minit anda masih belum menerima email tersebut sila klik “Resend Activation Code” untuk menghantar semula kod pengaktifan tersebut. Anda juga boleh menukar alamat email untuk menerima kod pengaktifan anda dengan meng-klik “Change My Email Address”.

LANGKAH 4 : Buka email anda bertajuk “Please Activate Your Account At PayPerClick.Com.My” yang dihantar ke inbox email anda untuk melihat kod pengaktifan teserbut seperti imej di bawah:

Kod pengaktifan yang anda terima di inbox email adalah seperti imej di bawah:

Anda juga boleh klik link berwarna biru seperti yang ditunjukkan untuk mengaktifkan akaun anda tanpa perlu mengesahkan kod pengaktifan tersebut.

Selepas anda mengaktifkan akaun anda, anda akan menerima email daripada pihak Malaysian PayPerClick™ yang menyatakan anda telah berjaya mengaktifkan akaun anda seperti imej di bawah: