Halaman Akaun Malaysian PayPerClick™

Selepas akaun anda telah diaktifkan, sila login ke akaun anda. Untuk login, anda juga boleh lawat Url: www.PayPerClick.Com.My dan klik menu “LOGIN”. Gunakan username dan katalaluan yang anda berikan semasa mengisi borang pendaftaran untuk access ke akaun anda. Laman akaun anda akan menunjukkan imej seperti di bawah:

Account – Sila klik menu “ACCOUNT” seperti pada imej di bawah untuk melihat secara terperinci maklumat akaun anda. Anda boleh mengemaskini maklumat akaun anda dari semasa ke semasa seperti Nama, Email, Password dan Nombor Pin anda. Pastikan anda tidak mendedahkan maklumat akaun anda kepada orang lain untuk tujuan keselamatan.

Preferences – Anda boleh menetapkan Account Preferences anda mengikut kehendak anda seperti Paid Emails, Admin Mailer dan Ad Alert. Adalah amat disarankan dan digalakkan kepada semua ahli supaya mengaktifkan Account Preferences bagi mengelakkan ahli terlepas mendapat sebarang manfaat. Untuk mengaktifkan Account Preferences, sila pastikannya sentiasa dalam keadaan Turn Ondengan meng-klik butang yang ditanda seperti imej di bawah:

  • Paid emails are turned on – Bermaksud anda membenarkan sistem menghantar email Paid To Read Email (PTRE) daripada pengiklan. Pastikan anda mengaktifkan fungsi ini atau anda tidak akan menerima manfaat pendapatan Paid To Read Email.
  • Admin mailer is turned on – Bermaksud anda membenarkan admin menghantar email kepada anda. Pastikan anda mengaktifkan fungsi ini atau anda tidak akan menerima sebarang perkembangan terkini daripada admin.
  • Ad alert are turned on – Fungsi ini adalah reminder atau alarm daripada sistem mengenai iklan daripada pengiklan.

Withdraw – Fungsi ini digunakan oleh ahli untuk meminta bayaran pendapatan daripada Malaysian PayPerClick™. Maklumat lanjut berkaitan fungsi ini akan dijelaskan di Bahagian 8 – Withdraw akaun.

Stats – Pada halaman ini, anda boleh melihat status dan statistik keahlian anda seperti statistik klik iklan, Baki akaun, Pendapatan Pay To Promote (PTP), Baki kredit, xchanges credits, downline stats dan upline anda seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah:

Messages – Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk menghubungi atau menghantar pesanan kepada pihak admin atau ahli lain. Bagaimanapun, anda digalakkan menggunakan support tickets yang disediakan pada halaman akaun ahli untuk menghubungi admin bagi memudahkan mesej anda disusul. Sila klik menu messages untuk menggunakan fungsi ini.

Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman peti simpanan email anda seperti yang dilihat pada imej di bawah:

Untuk hantar pesanan, sila klik “Compose New”.

Earnings Area – Anda boleh menggunakan menu Earnings Area untuk menjana pendapatan. Selepas itu anda akan dibawa ke halaman berikutnya seperti imej di bawah. Sila klik link berwarna “biru” untuk ke halaman iklan. Perkataan berwarna merah adalah jumlah iklan yang anda boleh klik. Jumlah iklan ini adalah bergantung kepada status keahlian (Free atau Premium) serta jumlah pengiklanan oleh pengiklan. Maklumat lanjut secara terperinci akan dijelaskan di Bahagian 6 – Jana Pendapatan.

Manage Ads – Ahli boleh menggunakan fungsi ini untuk tujuan pengiklanan. Ahli boleh menggunakan kredit iklan dalam akaun untuk mengiklankan website atau produk ahli jika ada. Fungsi pengiklanan ini akan diterangkan dengan lebih terperinci di Bahagian 3 – Pengiklanan.

Promote – Fungsi ini digunakan untuk tujuan promosi link ahli kepada orang lain untuk didaftarkan di bawah akaun ahli sebagai referral.

Terdapat 2 akaun promosi ahli sama ada melalui link URL atau pun banner. Dihujung link URL akan terdapat username ahli. Untuk promosi, copy link contoh:http://www.payperclick.com/index.php?ref=UsernameAhli atau kod html banner anda seperti imej di atas dan paste pada halaman promosi anda.

My Warning – Ahli boleh melihat berapa banyak amaran yang diterima daripada admin kerana melanggar peraturan kecil yang ditetapkan. Sekiranya amaran telah diterima sebanyak 3 kali, maka akaun ahli akan digantung selama 1 bulan atau kemungkinan keahliannya akan ditamatkan. Oleh itu, pastikan anda tidak melanggar dan sentiasa peka terhadap peraturan baru yang dikeluarkan oleh pihak admin bagi menjaga kepentingan sistem, ahli lain dan pengiklan. Imej berikut adalah keterangan jumlah amaran yang dikeluarkan oleh pihak admin kepada ahli. Keterangan di bawah menunjukkan ahli belum pernah menerima sebarang amaran dari admin.

Order Ledger – Untuk melihat transaksi belian yang anda pernah buat sebelum ini, sila klik menu Order Ledger. Contoh halaman transaksi belian yang pernah dibuat pada masa lalu. Bagaimanapun, bagi belian secara manual, status belian tidak dinyatakan dalam Order Ledger.

Your Downline – Menu ini digunakan untuk melihat dan memantau downline anda seperti imej di bawah:

Converter – Fungsi menu ini digunakan untuk tujuan anda convert cash anda menjadi kredit iklan antaranya point, popup credits, banner credit, featured banner credits dan featured ad credits. Selain itu, point yang anda perolehi juga anda boleh convert (tukar) kepada tunai.

Membership – Untuk melihat status keahlian anda serta tawaran yang anda perolehi, sila klik menu membership di halaman akaun dan anda akan dibawa ke halaman seperti imej di bawah:

Polls – Fungsi menu ini adalah untuk tujuan survey pendapat ahli dan pengiklan agar pihak admin boleh mengenalpasti kehendak perkhidmatan.

Leader Board – Melalui menu ini, anda boleh melihat dan memantau senarai referral anda yang mempunyai jumlah sub-referral yang paling tinggi.