Guaranteed Signups

Pengiklanan Guaranteed Signups juga dikenali sebagai Signup Offers di mana pelawat perlu mendaftar (signup) di website atau borang yang disediakan pengiklan. Pengiklanan ini hanya dicaj kepada pengiklan sekiranya pelawat tersebut telah disahkan oleh pengiklan sama ada mendaftar dilink/borang yang disediakan pengiklan. Pengesahan ini perlu dilakukan dalam tempoh 3 hari dan sekiranya pengesahan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut maka secara automatik sistem akan menganggap pengiklan bersetuju untuk mengesahkan pendaftaran pelawat. Contoh iklan Guaranteed Signups adalah seperti imej di bawah. Untuk melihat bagaimana iklan ini berfungsi, sila lihat tajuk pendapatan PTSU di Bahagian 6.