Iklan Paid To Read Hits

Pengiklanan Paid To Read Hits juga dikenali sebagai PTR Ads (PTRA) di mana pelawat akan membaca ayat-ayat promosi pengiklan dan seterusnya dibawa ke halaman website pengiklan untuk tempoh masa yang tertentu berdasarkan pakej pengiklanan. Teknik pengiklanan ini adalah sesuai bagi pengiklan yang bijak menulis ayat-ayat promosi iklan (Killer Text) seperti faedah produk dan sebagainya. Selepas itu, pelawat akan dibawa ke halaman website pengiklan untuk tindakan lanjut pelawat bagi menentukan sama ada pelawat berminat dengan tawaran seperti yang terdapat di ayat-ayat promosi pengiklan. Link iklan PTR Ads hanya aktif kepada unik pelawat sahaja di mana pelawat yang sama tidak akan dapat melihat link iklan selepas iklan di klik. Contoh iklan PTRA adalah seperti imej di atas. Untuk melihat bagaimana iklan Paid To Read Hits berfungsi, sila lihat tajuk pendapatan PTRA di Bahagian 6.

y