Iklan Link Ad Hits (PTC Ads)

Pengiklanan Link Ad Hits juga dikenali sebagai PTC Ads di mana pengiklanan ini akan dikenakan caj kepada pengiklan apabila pelawat meng-klik link iklan dan melawat website pengiklan dalam tempoh masa tertentu berdasarkan pakej iklan. Pengiklan tidak akan dicaj sekiranya link iklan tersebut tidak diklik oleh pelawat/ahli. Link iklan PTC hanya aktif kepada unik pelawat/ahli sahaja di mana orang yang sama tidak akan dapat melihat link iklan selepas iklan di klik dalam tempoh 24 Jam. Contoh iklan PTC adalah seperti imej di bawah. Untuk melihat bagaimana iklan PTC berfungsi, sila lihat tajuk pendapatan PTC di Bahagian 6.