Sebelum ahli mengambil keputusan untuk melakukan withdraw sila pastikan baki akaunnya telah mencapai jumlah minimum withdraw iaitu sebanyak RM10. Untuk withdraw akaun ahli sila lihat langkah-langkah berikut:

Langkah 1..

Sila login ke akaun anda dan klik menu “Account” yang terdapat pada header website seperti pada imej dibawah;

Langkah 2..

Selepas itu anda akan dibawah ke halaman akaun anda. Sila klik menu “Withdraw” dan anda akan dibawa ke halaman withdraw. Sekiranya baki akaun anda tidak mencapai jumlah minimum withdraw yang ditetapkan maka sistem tidak akan membenarkan anda melakukan withdraw. Halaman withdraw adalah seperti pada imej dibawah;

Langkah 3..

Kemudian sila pilih kaedah bayaran yang anda ingin terima sama ada melalui Akaun Maybank, Cimb atau Cek. Baki minimum akaun, withdraw melalui Maybank atau Cimb adalah RM10 dan manakala baki akaun minimum, withdraw Cek adalah RM100. Semasa anda memilih salah satu kaedah bayaran pada halaman ini, anda akan melihat jumlah maksimum withdraw anda. Anda boleh mengubah jumlah withdraw tersebut tetapi tidak melebihi tahap maksimum yang ditetapkan sistem seperti pada imej dibawah. Caj withdraw melalui cek adalah 5% daripada jumlah bayaran dan manakala tiada caj withdraw dikenakan bagi Maybank dan Cimb.

Langkah 4..

Sebagai contoh anda ingin mengguna kaedah withdraw Maybank sebanyak RM10 seperti pada imej dibawah. Klik butang bulat pada Maybank dan isikan maklumat withdraw yang diperlukan. Payment address / account# adalah alamat email dan manakala Personal pin adalah nombor pin yang anda tetapkan semasa mendaftar di Malaysian Pay Per Click. Sila klik butang “Request” untuk meneruskan proses withdraw anda seperti yang ditunjukkan pada imej dibawah;

Sekiranya anda tidak ingat alamat email address yang anda gunakan untuk mendaftar sebelum ini, sila klik pada menu “account” disebelah kiri halaman account dan anda akan melihat maklumat email anda disebelah kanan seperti pada imej dibawah.

Sekiranya anda tidak ingat nombor pin yang anda tetapkan sebelum ini sila scroll down ke bawah dan klik perkataan “Forgot PIN” seperti pada imej dibawah;

Selepas itu anda akan dibawah ke halaman seperti dibawah. Sila masukkan username anda dan klik butang “Recover/Request PIN” untuk meminta Nombor Pin baru anda. Sila lihat inbox email anda kerana nombor tersebut telah dihantar ke alamat email yang anda daftarkan dalam Malaysian Pay Per Click.

Langkah 5..

Selepas anda mengesahkan maklumat withdraw anda, maka anda telah pun berjaya menghantar withdraw anda ke sistem Malaysian Pay Per Click. Bagaimanapun, anda perlu menghantar maklumat akaun anda untuk tujuan bayaran. Sila klik banner seperti yang ditunjukkan pada imej dibawah.

Langkah 6..

Selepas itu anda akan dibawah ke halaman borang withdraw akaun seperti pada imej dibawah. Sila isi maklumat anda pada borang tersebut dengan lengkap dan tepat.

Scroll down ke bawah dan isikan imej pengesahan dengan tepat seperti pada imej dibawah. Anda tidak akan berjaya menghantar maklumat akaun anda sekiranya nombor pengesahan tersebut tidak di isi dengan betul.

Selepas itu anda akan dibawah ke halaman terima kasih seperti pada imej dibawah.

Langkah 9..

Sila periksa inbox email anda kerana Malaysian Pay Per Click telah menghantar satu email pengesahan kepada anda.

Email tersebut adalah seperti pada imej dibawah.

Contoh maklumat akaun withdraw ahli yang telah berjaya dihantar kepada Malaysian Pay Per Click.